tabung kecemasan:)

Search This Blog

::mujahidah islam::

Jangan lupa ikot..=)

Thursday 18 March 2010

LEMBARAN WANITA SOLEHAH


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah.Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah,penawar hati kekasih Allah,susah dan senang rela bersama…

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?Isteri Rasulullah yang bijak,pendorong kesusahan dan pendderitaan,tiada sukar untuk dilaksanakan…

Mengalir air mataku melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,akur dalam setiap perintah,taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang,tiada memiliki harta dunia,layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…

Ketika aku marah,inginku intip serpihan sabar,dari catatan hidup Siti Sarah

Tabah jiwaku,setabah umi Nabi Ismail,mengendong bayinya yang masih merah,menccari air penghilang dahaga,di terik padang pasir merah,ditinggalkan suami akur tanpa bantah,pengharapannya hanya pada Allah,itulah wanita bernama Siti Hajar

Mampukah aku menjadi wanita solehah???Mati dalam keunggulan iman,bersinar harum tersebar,bagai wanginya pusara Masyitah


MUJAHADAH MENUJU TUHAN(^_^)

Wednesday 17 March 2010

DUHAI ANNISA'

AN-NISA’…
Tutur katamu melambangkan kluhuran budimu…
Gerak langkahmu melambangkan keperibadianmu…
Kemarahanmu melambangkan ketegasanmu…
Keegoanmu melambangkan harga dirimu…

AN-NISA’…
Zaman bersilih ganti…
Kaummu semakin berubah
Dimanakah silapnya…
Adakah salah ibu mengandung???
Adakah salah didikan gurumu???
Dan adakah salah persekitaranmu???

AN-NISA’…
Pergaulan kaummu semakin bebas…
Auratmu dijaja merata…
Harga dirimu boleh ditawar..
Akhlakmu kian luntur..
Dimamah arus zaman cyber…




AN-NISA’…
Sedarlah kalian…
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga…
Kerana perbuatan sebilangan kecil mereka…
Merosakkan nama indah AN-NISA’…

Duhai AN-NISA’…
Bangunlah kalian…
Tinggikan darjatmu…
Hiasi peribadimu..
Keran seindah perhiasan hanyalah
AN-NISA’…
MUJAHADAH MENUJU TUHAN(^_^)

DUHAI JIWAKU,MARILAH MERASA DEKAT DENGAN ISLAM,DEKAT JUA DENGAN ALLAH TAALA

Ketahuilah jiwaku,natijah yang nampak seolah-olah Islami,tetapi sebenarnya terputus hubungan dengan ALLAH S.W.T. dan pelaku-pelakunya diseksa pula oleh ALLAH S.W.T.Satu hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a wajar kita renungka.Perkara pertama yang akan diputuskan di hari kiamat ialah seorang yang mati syahid.Maka dihadapkan dan ditanyakan beberapa nikmat ALLAH kepadanya.Setelah diakui banyaknya nikmat nikmat ALLAH,maka ditanya:Apakah perbuatanmu terhadap nikmat itu?Jawabnya:Saya telah berjuang untuk-Mu sehinggalah mati syahid.Jawab ALLAH:Dusta engkau,tetapi engkau berjuang supaya dikenali sebagai pahlawan dan dirimu telah pun terkenal demikian.Kemudian,diperintahkan supaya diseret kedalam api neraka.
Begitu juga nasib seorang pelajar yang telah pandai serta mengajar Al-Quran.ALLAH Yang Maha mengetahui tidak menerima semua amalnya dan mengatakan bahawa amalnya itu bertujuan untuk terkenal sebagai qori.Kemudian diseret mukanya ke dalam neraka.
Seorang hartawan yang suka menderma ketika hidupnya juga dicampak ke neraka.Ini kerana amalannya terputus hubungan dengan ALLAH dan bertujuan untuk dikenali sebagai dermawan.
Duhai jiwaku,tidakkah hadis ini cukup menggerunkanmu?Sedangkan seorang yang mati syahid,qori,dan dermawan pun dicampak ke neraka,inikan pula aku?Sudahlah sikit amalku,becampur baur pula dengan karat mazmumah.Biarpun hidupku dekat dengan Islam,namun bersihkah engkau duhai hatiku?
Persediaan hati prlukan proses tarbiah tersusun bermula dengan tazkiyatun an-nafs dam mua'lajatul uyub(mengikis keaiban).Mujahadah yang dituntut amatlah perit dan bukan sedikit.Ia tidak boleh diambil mudah!Hanya dorongan iman dari hati yang diproses untuk dekat dengan ALLAH akan memampukan seseorang melakukan setiap apa yang diperintahkan oleh ALLAH s.w.t. serta menjauhi segala larangan-Nya secara menyeluruh.Inilah hakikat perhambaan sebenarnya dan hakikat pengabdian ini hanya akan lahir apabila jelas hubunga hati dengan ALLAH.
Hayatilah bagaimana dekatnya para Rasul dan pengikutnya dengan ALLAH dalam setiap detik nadi mereka berdenyut.Setiap nilai hidup dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara perlu dihubungkan kepada cinta ALLAH agar menjadi sebati di dalam hati dan lahir pula dalam tingkah laku kita.Kita cintakan Islam kaafah!!.Bukan sekadar sistem pentadbiran yang perlu Islamik tetapi sisitem diri kita juga perlu Islami merangkumi hati,pemikiran dan amalan.Berkata Hassan al-Hudaibi:Tegakkan Islam dimuka bumi.Wahai diri,bagaimanakh praktikalnya?
Kekuatan hubungan dengan ALLAH sahajalah yang menjadi tenaga penggerak hati,rasa,pemikiran dan sahsiah diri sejajar dengan syarat-syarat keislaman.Inilah rahsia kekuatan sebenar yang akan mencorak seseorang dengan corakan ALLAH S.W.T(sibghotullah)walaupun ditempat sunyi ataupun di khalayak ramai,gelap atau terang,susah atau senang,setiap ketika,di mana sahaja.Inilah proses didikan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w kepada para sahabat sehingga dikenali sebagai generasi Al-Quran yang unik.
Iman mereka diiktiraf oleh ALLAH dan apa yang wajar dicontohi ialah keimanan mereka,cara mereka berhubung dengan ALLAH dan Rasul-Nya,keyakinan mereka,cara berfikir dan tingkah laku mereka.Hakikat ini perlu diyakini dan dirasai untuk mengikut jejak langkah mereka.Sekiranya mereka menerima hakikat dekat dengan ALLAH sebagi titik tolak dalam melaksanakan U'budiyyah kepada ALLAH(iaitu menegakkan Islam dalam diri dan di muka bumi),maka kita juga mesti menerima hakikat ini sebagai satu prinsip yang utama.
Hakikat ini perlu dirasai agar setiap rasa,pemikiran,tingkah laku kita selaras dengan kehendak ALLAH,jernih dengan fikrah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.Itulah generasi al-Quran yang unik.Oh,
MUJAHADAH MENUJU TUHAN(^_^)

Tuesday 16 March 2010

ALHAMDULILLAH...akhirnya siap gak blog nie...atas kesabaran dan pertolongan dari sahabat-sahabat,akhirnya siaplah jgak blog nie...syukur sangat2....moga2 ana dapat gunakan ruangan nie untuk memartabatkan lagi ISLAM...INSYAALLAH...
MUJAHADAH MENUJU TUHAN(^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...