tabung kecemasan:)

Search This Blog

::mujahidah islam::

Jangan lupa ikot..=)

Thursday 27 December 2012

~layakkah aku????~







Mampukah aku menjadi seperti Khadijah?
Agung cintanya pada ALLAH dan Rasulullah,
Harta diperjuangkan ke jalan ALLAH,
Penawar hati Kekasih ALLAH,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah ku didik jiwa seperti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijaksana,
Pendorong tatkala kesusahan & penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan,
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang,
Tiada sebarang harta dunia,
Layaklah dia penghulu wanita syurga.

Ketika aku marah,
Ingin kukutip serpihan sabar,
Dari catatan hidup Siti Sarah,\
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?

Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah,harum tersebar,
Bagaikan wanginya pusara Masyitah.

Mampukah aku Ya ALLAH..
Untuk menyusuri jalan para pencintaMU ini...
=')

sungguh aku ingin seperti mereka..namun layakkah aku YA ALLAH?? Mampukah aku YA ALLAH?? ='(
~moga ALLAH redha!~♥




catatan mujahidah

MUJAHADAH MENUJU TUHAN(^_^)

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Dah nak final dah upenyer..kejap jer mase berlalu...duk bace2 pasal Tokoh Iman Hassan Al-Banna.bace punyer bacer, last2 tengok ade wasiat Hassan Al-Banna..nok kongsikan jugak dengan sahabat sahabiah..



10 wasiat Hassan Al-Banna..

1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran. atau tatapilah buku-buku ilmu, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah dan janganlah sekali-kali membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong itu tidak memberi sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan ALLAH SWT itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukan.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana perckapan yang nyaring itu adalah suatu yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta berkenalan dengannya kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah perlaksanannya.

malas nk cakap banyak sebab nak study plak,,

-moga ianya memberi 1001 hikmah kepada kita- =)

#MUHASABAH DIRI# =')


catatan mujahidah
MUJAHADAH MENUJU TUHAN(^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...