tabung kecemasan:)

Search This Blog

::mujahidah islam::

Jangan lupa ikot..=)

Thursday 2 June 2011

Renungan Buat Gadisku




Gadisku,

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik. Tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok. Menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Engkau umpama sekuntum bunga. Harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, tidak semua bunga senang untuk di dekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya..

Umpama Mawar.. Dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang. Tetapi AWAS!!! Duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya..

Gadisku,

Saya suka sekiranya engkau seperti Mawar Inspirasi setiap Mujahid. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada ALLAH. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak pula melihat kepadanya.Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah..

Umpama Sebutir Permata.. Sebutir permata yang dipameerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup. Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah
.

MUJAHADAH MENUJU TUHAN(^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...