tabung kecemasan:)

Search This Blog

::mujahidah islam::

Jangan lupa ikot..=)

Wednesday 7 April 2010

Teman,aku ingin..
Teman tersayang..
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq..
Persahabatan dijalin kerana Al-Khaliq..
Harta dikorban bukan sedikit..
Cintakan kebenaran,sanggup bersakit..

Serta tawakal Ibrahim mulia..
Ketika meninggalkan insan tercinta..
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini ALLAH sebagai Penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Qutb,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terenggut,
roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan panahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid,rohnya ke syurga.

Mrilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
fikrahnya jernih,menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kalam ALLAH dan RASUL..

Aku cintakan pemuda Ghiffari,
menentang kezaiman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram..

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya...

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harumnya pusara Masyitah,
semerbak kasturi..

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat..
di Mahkamah Mahsyar nanti...
MUJAHADAH MENUJU TUHAN(^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...