tabung kecemasan:)

Search This Blog

::mujahidah islam::

Jangan lupa ikot..=)

Wednesday 28 September 2011

CINTA KERANA ALLAH

Maksud Hadith Nabi S.A.W.
:-“Tidak beriman seseorang dari kamu sekiranya nafsunya tidak mengikuti apa yang aku bawa”.

Kepada, Ikhwan Muslimin dan Muslimat yang masih lagi mentah dan bujang..
Tiada kata-kata yang lebih baik daripada kata-kata junjungan Nabi Muhammad S.A.W. yang setiap perbuatannya dijaga oleh Allah S.W.T.

Berdasarkan hadith S.A.W. ini jelas menunjukkan barangsiapa yang mengikuti nafsunya, mudah terdorong dengan nafsu, mereka masih lagi tidak sempurna imannya..
Bukan bermaksud antum tidak Islam, akan tetapi, Iman antum semua itu bagaikan debu tanah yang ketiadaan air yang dapat melembapkan debu dan menyuburkannya.

Jelas, mengikut adat percintaan AJNABI(Lelaki dan Perempuan yang sah akad nikahnya) zaman sekarang bukanlah dengan nama Allah lagi dan mengikuti hawa nafsu.

Buktinya ialah:-
1) Orang lelaki dengan bebasnya mengajak perempuan yang murah lagi tiada maruah untuk menaiki motosikal bersama-sama.

2) Orang lelaki dan perempuan juga mula berkeinginan untuk berjumpa(DATING) dan akan ketagih akannya.

3) Orang lelaki bebas dapat memegang tangan perempuannya tanpa sebarang hubungan yang sah.

4) Orang lelaki itu bebas mendengar suara merdu perempuan itu ketika mereka bergayut(takkan perempuan nk bercakap guna suara kasar dgn lelaki yang dicintainya).

5) Mula-lah lelaki itu mengambil tahu hal-hal peribadi perempuan itu seperti kedatangan haid, dan macam-macam lagi.

6) Mereka akan juga berSMS setiap masa, sehingga dipinggirkan Allah dalam ingatan mereka.

7) Selepas CINTA makin melalaikan mereka, lelaki itu dengan mudah sahaja menyentuh dan melakukan apa saja kepada perempuan yang murah lagi tiada maruah itu atas dasar CINTA akan masing-masing.

Jelas, inilah yang berlaku dalam seharian kehidupan lelaki dan perempuan yang berCINTA.

Kalau nak dibandingkan dengan percintaan atas nama Allah, seorang lelaki itu akan sentiasa berjauhan dengan AJNABI walaupun hanya setakat berSMS untuk meluangkan masa.

Hukum asal percintaan adalah HARUS kepada sesama manusia atas dasar agama, sekiranya dicampur dengan percintaan yang berasaskan hawa nafsu, maka CINTA itu menjadi HARAM dan DILAKNAT oleh Allah S.W.T dan lebih-lebih lagi terbabit dengan ZINA HATI(rindu dan mebayangi si dia)..

Pilihlah, sama ada antum yang membaca artikel ini, sekiranya anta/anti seorang ISLAM yang “Qad-Aflahal-Mukminun”(Al-Mukminun,1) maka tinggal lah CINTA itu!.
Satu2nya CINTA yg diredhai oleh ALLAH adalh CINTA SELEPAS NIKAH..

Sesungguhnya kita tidak lari melakukan dosa, akan tetapi, pintu taubat Allah masih lagi terbuka dengan luasnya.

Cintakan bunga,bunga akan layu..
Cintakan manusia,manusia akan mati..
Cintakan ALLAH,kekal abadi..

WALLAHU’ALAM…




catatan mujahidah
MUJAHADAH MENUJU TUHAN(^_^)

Sunday 24 July 2011

Pengalaman kat Universiti

بسم الله الرحمن الرحيم...

Alhamdulillah.Syukur ke hadrat Illahi masih diberi ruang dan peluang untuk terus menghirup udara di muka bumiNya ini..Ku panjatkan berjuta kseyukuran kerana masih diberi nikmat Islam dan Iman yang mana nikmat yang tak ternilai harganya,tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan tidak boleh diwarisi..Subhanallah.Syukur Ya Allah.Hampir sebulan tak edit blog akibat kekangan masa yang sentiasa mencemburui kita.Atas permintaan sahabat ana,Ana Sofiah,ana mengambil masa untuk update blog..dah terlalu lama blog ini dengan post yang lama.Ana sebenarnya kekeringan idea namun permintaan sahabat ana itu tidak akan ana lupakan..Mabruk ya ukhti kerana dapat melanjutkan pelajaran ke universiti..Alhamdulillah,universiti yang sama dengan ana sekarang.beliau sangat teruja nak masuk u,jadi ana nak coretkan sedikit pengalaman ana di universiti atas permintaan beliau dan mengisi masa lapang ana..=)


nie gambar masjid..yang lama punya..

Ana masuk u nie mase lepas SPm,umur 18 lah kan.ermm.masuk cni akhir bulan 6.mula2 masuk xseronok sangat mungkin kerana xde kawan,namun Alhamdulillah kawan sekolah ana pon ade masuk sni gak sorang.Aame kos dengan ana.Auke sangat,mase mnggu orientasi pegi pogram orientasi dengan dia lah..lambat pon same2,ponteng pogram pon same(tpi rsenye xde yg ponteng kot,just g lmbat je),seminggu orientasi tu macam nak tercabut kaki,mane taknye,hostel jauh dengan DABS(Dewan Al-Muktafi Billah Shah),pastu kene jalan lagi..Dah lah bagi mase untuk solat kejap je..Allah,bagi dye orang kite ni solat mcm jet agaknya.Tapi still pegi lmbat gak..hehe..habis pogram seminggu,bermula lah kelas.Waaahh..ramai gile budak kelas aku.hampir2 70 orang.erm..dengan keadaan kelas yang sempit,rase macam dah xbernyawa jer..AllahuRabbi..dan yang paling best kelas aku ni,ramai budak KELANTAN..TERENGGANU??boleh kira dengan jari jer..Budak utara pon boleh tahan gak ramai tapi still xley lawan dengan budak Kelantan.(kelantan juara.aku lak yang lebih2..aku anak terengganu laa).


nie kawan2 kelas aku.=)

Yang paling best kat sini dapat kawan2 baru.Best sangat2.belajar loghat utara,dan yang paling syok,aku still cakap Trengganu,fham ke xfham,lantak laa..haha..Mase duk kat sini,ade gak yang cakap baik ambik STPM,jimat masa.hurmm..kadang2 terfikir gak,namun bila fikir2 balik,aku masuk sini nak timba ilmu,nak cari pengalamn.Pensyarah2 pon ade cakap,ambik diploma lagi ok dari ambik Stpm sebab bila dah ambik diploma,dah ade pengalamn buat assaigment,buat kerja kursus dan cara pembelajaran kat u.Tapi pada aku,ambik diploma atau stpm,sme jer.semua atas individu masing2.Cuma yang membezakan antara diploma dan stpm ialah pengalaman dan sijil,tu jer.Kat universiti nie,bai'ah solehah pade awalnya tidak begitu menyenangkan.Mana tidaknya,baju tshirt yang diberikan kepada pelajar2 muslimat berlengan pendek.Teragak-agak aku untuk memakainya,mane taknya,ikhwan dan akhawat bercampur-gaul dalam satu aktiviti.Nak atau pon xnak,kenalah pakai tshirt labuh kat dalam,pastu pakai tshirt yang telah diberikan kat luar.rase macam alien jer mase tu.Tapi,nasib baik ade je yang pakai macam tu selain aku.Alhamdulillah.xsanggup rasanya nak pakai handsock jer.

Tapi Alhamdulillah skang nie MPP(majlis perwakilan pelajar) mEnguatkuasakan balik kempen tutup aurat namun biasalah mulut2 dibelakang akan sentiasa berbunyi.bak kata pepatah,rumah siap,pahat berbunyi.Alahai,sahabat2ku,jangn lah jadi macam pahat,penukul dan sekutu2nya tu.Sekarang ni aku tengok dye orang dah bagi kat muslimat baju tshirt lengan panjang,bukan sahajA tshirt mase mInggU orientasi malahan tshirt kokurikulum gak.Alhamdulillah,mungkin mereka baru mendapat kesedaran untuk membantu pelajar2 akhawat yang sentiasa bingung untuk memakai baju tshirt yang diberikan oleh pihak universiti.

Kat sini,mase sem 1 paling best kot sebab kelas kebanyakannya semua kol 11..best sangat2.Bile dah naik sem2,sem 3,sem 4,dah banyak kelas kol 8.dan sem 5 pon banyak kelas kol 8 -4..Tapi xper,nama pon menuntut ilmu.Kena lah banyak bersabar sikit..Alhamdulillah,dengan kesabaran aku nie,skang dah sem 5,pastu sem 6,pastu dah habis dah.TApi nak sambung belajar ag.Niat di hati nk keluar dari Malaysia,namun andai tiada rezeki kesana (Jordan),sambung disini sahaja lah..

Kepada Ana Sofiah,banyak lagi kalau nak diceritakan,namun,ana tunggu enti sampai ke bumi UNISZA dahulu,ana akan ceritakan pada enti ye.=)



catatan mujahidah
MUJAHADAH MENUJU TUHAN(^_^)

Friday 1 July 2011

Makin Beransur Pulih

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi nikmat bernafas agar dapat mengabdikan diri padaNya..Amiin..masuk hari ni dah masuk hari keempat demam dan ALHAMDULILLAH hari nie beransur pulih..Segala puji hanya untuk ALLAH..hurmm..bercakap pasal demam,,aku nie payah sket nak makan ubat..(sket??banyak laa..).. haha..memg payah pon nak mkan ubat..dari kecik ag..walaupon sakit dan sembuh tu datang dari ALLAH tapi kita sebgai manusia,kene lah berusaha untk mkan ubat,..tpi aku ni lain sket..langsung xberusaha untk mkan ubat..melainkan ubat batuk je yang aku makan..ubat demam dan ubat selsema tolak tepi..knapa???sebab ubt demam dngan ubat selsema kan dalm bntuk pil,jadi aku tolak tepi lah..kalau ubat sirap ni aku boleh lah pksa tekak aku telan walaupon rasa mcm nak muntah..huhu


ubat2 pil macam ni lah yang aku xley nak telan..knapa ntah..aku pon xtahu..

Tapi sekarang ni aku dah berasnur sembuh..ALHAMDULILLAH..:)

catatan mujahidah
MUJAHADAH MENUJU TUHAN(^_^)

Tuesday 28 June 2011

Tambah Koleksi

بسم الله الرحمن الرحيم...


Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya masih lagi diberi nikmat Iman,nikmat Islam,nikmat kesihatan,dan segala nikmat yang kita perolehi pada hari ini..dan yang pentingnya masih lagi diberi kesempatan untk kita menghirup udara pada hari ini dan masih diberi kudrat kepada kita untuk mengabdikan diri padaNYA..SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..syukur padaMu Ya ALLAH..

Entry kali ni xtahu nak post dan tulis pasal apa.
.dan minta maaf kerana lambat mengedit blog akibat kekangan masa dan masalah internet di kampus.masuk nie dah minggu ketiga kuliah.ALHAMDULILLAh..setakat ni semua berjalan lancar walaupun ade saja masalah yang datang..bak kata orang,hidup ni xsunyi dari ujian dan masaalah.Baru2 ni aku ikot my brother g pesta buku..best lah sbb xde org..almklumlah g pesta buku malam perlawanan bola sepak antara Kelantan vs Terengganu..sume dok pakat bola..aku ngn abang aku jer yg g jalan2(trmasuk adik2 aku la..hehe)..malam tu aku beli dua biji buku,La tahzan dengan Rabiatul Adawiyah..naseb baik masa pegi tu ade duit..jadi aku gna duit aku laa..(kebetulan duit baru masuk..ngeh2)


Rabiatul Adawiyah..-perindu Cinta Abadi
wanita hebat..;-)

La Tahzan wahai wanita..jadilah wanita paling bahagia..
intipati yang memberi kesan pada wanita..InsyaAllah..lpas bce buku nie,jadilah org yang paling gembira..=)

Lepas tu,pegi plak ngn kawan aku,dan beli lagi satu buku,Fiqh Wanita Muslimah Menurut Al-Quran dan Sunnah karya Dr. Abdul Qadir Muhammad Mansur..tpi buku nie xhabis bace lagi..dalam proses nak habiskan Fiqh Mar'ah dulu..dan sekarang ni cuba membaca La Tahzan pelan2..Kawan2 cakap rajin dan suke beli buku..pada aku,better habiskn duit beli buku dari beli bnda yang xde manfaat dan faedah pada diri dan agama..:)

buku ni dicadangkan oleh sahabat ana,dan esoknye trus pegi cari buku nie.

catatan mujahidah
MUJAHADAH MENUJU TUHAN(^_^)

Thursday 9 June 2011

INSAN HINA

DOAKAN DIRIKU MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH MUJAHIDAH ISLAM..

ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat Illahi masih lagi diberikan nikmat sihat olehNya,dapat juga lah ana menulis dalam blog nie..ermm..xthu nak cakap pasal apa..ade sahabat ana nak thu tentang ana.nak xnak,kena lah tulis pasal diri ana kali ni.apa yang nak ditulis yer..fikir sejenak…….

Tanggal 14 julai 1991,lahirnya seorang lagi puteri kepada pasangan Muhamad Salim bin Omar dan Khamasah bin Abdullah.Nama diberi Aida Shafiyah binti Muhamad Salim..nama ni kalau xsilap cadangan dari mak2 sedara tapi WALLAHU’ALAM la ana pun..mula medapat pendidikan dari rumah oleh bonda yang disayangi.masa kecik2 selalu ikut mak pergi mengajar di PASTI AT-TAQWA BATU ENAM..dan ana sendiri memulakan persekolahan bermula disitu.Alhamdulillah selama dua tahun disitu,berbagai2 ragam yang ana buat kat situ.kesian mak yang xpernah jemu melayan kerenah anaknya yang manja dan degil ni.Maklum sahaja lah,time abang dan kakak bersekolah di PASTI,sume duk dirumah tok,tapi bile time ana,asyik ikut mak jer.huhu…mngkin sebab ni lah adik-beradik panggil ana anak manja..tapi ti mase kecik2 jer..sekarang ni dh xmanja dah(ye k?)yelah..lepas habis kt PASTI,mak dan ayah hantar ana kat SEKOLAH KEBANGSAAN TOK JIRING,sama sekolah dengan abang.tapi masa ana sekolah kat situ,abang dah tukar sekolah.betapa manjanya ana dulu,menangis2 xnak masuk kelas.haiyya..berat btul ana nie..asyik na balik jer.Tapi awal2 jer..beselah,xbiasa..tapi bile dah lama,ALHAMDULILLAH..dan masa darjah satu,ana ambik peperiksaan untuk masuk kelas Arab.ALHAMDULILLAH,ana lulus dan dapat masuk kelas tu.Syukur sangat2..ana ingat lagi masa drjah tiga,sekolah petang,mase tu ayah kerja,dan xde sape nk hantar kalau pegi sekolah lewat2..ana terpksa g sekolah pukul 11 pagi sedangkan sesi petang bermula jam 12.30..bayang kan ana kena duduk kat sekolah tu selama sejam setengah sebelum sesi petang bermula.kadang2 ana ade juga merajuk xnak pegi sekolah sebab awal sangat pegi sekolah.sorang2,takut.tapi bila dah lama2,ALHAMDULILLAH,ok jer.Mase ni jugak ade sepasang kembar dalam kelas ana.Tapi lelaki.Dan sebab dye orang lelaki lah ana selalu dijadikan bahan usikan.Semua tu tinggal kenangan manis bagi ana.(xley cerita banyak2 sangat,t orang boring).sampai darjah 6,ana still duk dalam kelas Arab,kiranya ana ada basic bahasa arab dari sekolah rendah lagi,tapi ana buat diam jer bila dah masuk sekolah menengah.

Masa darjah enam,nak isi borang KOSTAQ(sekarang ni dipanggil IMTIAZ).Tapi memandangkan keputusan trial UPSR hanya cukup2 makan,niat tersebut trpksa dibatalkan.Hanya mampu melihat kawan2 yang isi borang tu.Sedih sangat sebab nak pegi sekolah tu sangat2 sebenarnye.Tpi mungkin bukan rezeki disitu,redha sahajalah.Bile dah keluar result,mak tanya nak isi kex borang KOSTAQ,tpi mase tu entah kenapa ana cakap ana xnak.Padahal ana nak pergi sangat2 sekolah tu.ALHAMDULILLAH ana dapat tawaran SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK JIRING..Walaupun rumah dekat dengan sekolah,ana still duk hostel sebab xde orang nak hantar.Awal2 di hostel,xpayah cakap,tepon rumah cakap nak balik.haha..kalau ingat balik rase nak suka..hehe..tapi,bile dah lama,ALHAMDULILLAH ana dapat sesuaikan dengan hostel.Selama 5 tahun bersekolah disitu dan 5 tahun juga tinggal di hostel.Tapi kejadian yang xdiingini berlaku seawal tingkatan 5.Nama ana tiada dalm senarai.Hati tertanya2,adakah ana ditendang sebab rumah dekat atau nama ana di blacklistkan oleh warden?Tapi kesalhan ana xdelah besar pon.haish..mase tu dah cuak sangat2.Takut xdapat asrma,mcm mane nak g sekolah.Kesian kat ayah ulang-alik hantar ana,tapi ana tetp berusaha,bawak ayah pegi pejabat asrama,tanya sendri pada penyelia asrma knapa xdpat asrma,rupa2rupanya nama ana tercicir,Allahuakbar,lega rasa hati ni bila tahu macam tu,Bimbang juga jika nama ana direject sebab rumah ana yang dekat.Tapi masa hari pendaftaran,ade lagi benda yang xdiingini berlaku.ALLAH,ujian apa lagi ni??Ana kesian tengok ayah masa tu,ulang alik dari asrama banat ke pejabat asrama,dalam keadaan hujan.Bercakap sendiri dengan penyelia dan berjumpa dengan ketua warden asrama banat,aduh,ana kena marah.Tapi apa salah ana.Sabar jelah Aida.ALHAMDULILLAH,ustazah suruh ana pilih sendiri ana duk bilik mana,ish,ustzah nie,tanya ana,kan ana jawab ana nak duk sekali ngan kawan ana yang MPP kan,naya ustzah.hehe..tapi ALHAMDULILLAH,ana pilih sendiri bilik yang ana nak duduk.Mase daftar,kawan2 ana cuak sebab name ana xde dan ana kena terang panjang lebar plak..sabar jela..kenangan kat sekolah ni mase form5 adalah yang paling best,meredah banjir ke dewan peperiksaan time SPM.haha..dah macam mangsa banjir.Best sngat2.(mcm nak cerita pengalaman kat sekolah plak).Lepas Spm,ana mendapat twaran sambung ke UNISZA(KuSZA),ALHAMDULILLAH,hanya tinggal setahun je lagi untuk habiskan pembelajaran di sana.Sahabat-sahabiah ana semua,doakan ana berjaya kat sini.Doakan ana agar ana keluar dengan lulus cemerlang.AMIIN..dan insyaALlah,niat dihati nak sambung kat MESIR @ JORDAN.INSYAALLAH.

Kalau nak ikutkan ana,banyak lagi yang ana nak cerita,tapi biarlah setakat ni dahulu.kan banyak berccerita kan,banyak lah silap nya.ALLAHURABBI..

WASSALAM..=)





catatan mujahidah
MUJAHADAH MENUJU TUHAN(^_^)

Sunday 5 June 2011

..::Tak Mampu Kehilangan Cinta::..


Ketika kedua suami isteri itu baru berpindah ke bandar, hidup mereka penuh ceria, penuh dengan gurau mesra.

Ada masa makan bersama, ada masa solat berjemaah bersama.

Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan yang mereka usahakan belum menjadi, tetapi mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya.

Sikap saling memahami dan bertimbang rasa jelas terpancar.

Di kejauhan malam atau pada awal pagi sudah kedengaran suara mereka berdua bergurau dan berbual dengan mesranya.

Minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhirnya beberapa tahun mula berlalu. Perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan dahulu semakin maju.

Untuk menguruskan perniagaan yang semakin berkembang, suami adakalanya pulang lewat petang. Manakala si isteri yang juga memulakan pernigaannya sendiri pun semakin sibuk.

Anak-anak pun semakin jarang bertemu dan berbual mesra dengan mereka berdua.

Namun, alhamdulillah keadaan ekonomi keluarga bertambah baik.

Mereka telah berpindah dari rumah yang sempit ke rumah yang lebih luas. Sekarang keluarga itu telah memiliki kereta yang besar.

Bukan sebuah, tetapi dua buah – sebuah untuk suami, sebuah lagi untuk isteri.

Entah kenapa, kemesraan yang dahulu semakin hilang.

Suami semakin leka dengan kawan-kawan seperniagaan dan pelanggannya. Manakala si isteri juga sibuk mempromosi produk jualannya.

Solat berjemaah, makan berjemaah yang dulunya menjadi tradisi semakin jarang dilakukan.

Apatah lagi untuk melihat suami memberi sedikit tazkirah untuk anak-anak dan kemudian keluarga itu saling bermaafan bersama seperti dahulu... hampir tidak pernah lagi.

Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu.

Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa.

Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.

Keluarga tadi mendapat apa yang mereka cari kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi pada masa yang sama mereka sudah hilang kemesraan dan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga.

Jika ditanyakan kepada hati nurani kita yang paling dalam, antara keduanya yang mana lebih berharga? Kemewahan hidup atau kerukunan rumahtanga? Tentu kita akan menjawab, kerukunan rumahtangga.

Bukankah kita mencari rezeki dan segala kemewahan hidup untuk membina sebuah keluarga yang bahagia?

Jika si suami ditanya, untuk apa kamu bertungkus-lumus bekerja siang dan malam?

Tentu jawabnya, kerana isteri aku! Begitulah juga jika ditanyakan kepada si isteri, tentu jawabnya kerana suami.

Dan jika ditanya kepada kedua ibu-bapa itu, untuk apa mereka berusaha, nescaya kita akan dapat jawapannya... demi anak-anak.

Malangnya, mereka dan kita sering tertipu, betapa ramai yang melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup?

Kita sering terlupa yang kemewahan hidup - harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi hanya alat dalam kehidupan ini.

Kita memburu alat untuk mencapai matlamat.

Ertinya, harta dan segalanya itu adalah untuk membahagiakan rumahtangga kita. Begitulah sewajarnya.

Namun, apa yang sering berlaku adalah kita sering tertukar. Alat jadi matlamat, matlamat menjadi alat.

Kebahagian rumahtangga sering jadi pertaruhan dan acapkali tergadai dalam keghairahan kita memburu kemewahan hidup.

Kita berkerja demi anak-anak, anehnya anak-anak kita abaikan semasa bertungkus lumus bekerja. Kita tidak sedar. Kita terus memburu dan memburu.

Bangun dari tidur, berkemas dan terus bekerja. Hampir senja baru pulang. Tidak cukup dengan itu ada lagi kerja yang kita bawa pulang ke rumah.

Tidak cukup lagi, kita keluar pula bertemu pelanggan dalam kerja-kerja 'part time'.

Begitulah kita hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhir bertahun-tahun.

Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan gurauan isteri?

Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan dan belaian suami?

Mengapa ketawa dan gurau senda sudah semakin hilang dalam rumah tangga?

Pada ketika itu, hati yang degil masih mampu memberi alasan. Aku sibuk. Aku sedang mengejar kejayaan dalam profesionalisme.

Sedikit masa lagi, perniagaan ku semakin menjadi.

Nantilah, bila segalanya sudah stabil aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga. Nantilah, aku akan ini, aku akan ini...

Begitulah selalunya diri kita memberi alasan. Hati memberi justifikasi yang bukan-bukan.

Dan kita terus selesa dengan alasan, biarlah suami, isteri atau anak-anak berkorban sementara, nantilah kita akan bahagia!

Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan.

Temuilah bahagia ketika kita mencarinya. Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.

Carilah harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu walau sekelip pun. Maknanya, tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua pun keadaan.

Hukum-Hukum Cinta

Antara hukum cinta yang paling diutamakan adalah: Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.

Contohnya, jangan kesibukan menyebabkan kita jarang lagi memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita.

Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat 'kosmetik' semata-mata. Tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat dilihat dan dirasakan.

Dan paling penting, jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri.

Cinta itu adalah cinta Allah! Jagalah cinta kita kepada Allah, insya-Allah, Allah akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri.

Allah akan berikan hidayah dan taufik ke dalam hati kita untuk terus berpegang pada matlamat.

Kita akan sentiasa beringat bahawa dunia dan segala isinya ini hanya alat untuk memburu cinta Allah. Dan hanya dengan memburu cinta Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya.

Dunia ini umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan.

Dunia ini menipu daya, ramai pula manusia yang ditipunya. Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga.

Iman, kasih saying, cinta sering dilemparkan orang dilitar perlumbaan memburu dunia.

Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat untuk beribadah. Kita jadikan dia alat untuk memburu kebahagiaan akhirat.

Jadilah dunia umpama kebun yang kita pagar, kita bersihkan dan kita tanam dengan pohon-pohon kebaikan yang hasilnya kita tuai di akhirat.

Jadilah dunia umpama jambatan yang kita lalui.

Pastikan ia teguh, kukuh tetapi kita tidak akan berlama-lama di situ... ia hanya jambatan. Tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan. Rumah kita yang hakiki ialah di syurga.

Jika ada rasa-rasa itu di dalam jiwa ketika kita memburu karier, kejayaan dalam perniagaan dan apa jua aktiviti keduaniaan, insya-Allah cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan.

Orang yang ada di dalam hatinya cinta Allah, sentiasa ada ruang yang lapang untuk mencintai sesama manusia lebih-lebih lagi suami, isteri dan anak-anaknya.

Dengan cinta itu kita akan menyelamatkan semua keluarga kita daripada neraka akhirat.

Dan neraka di akhirat itu hanya akan dapat kita hindari jika kita berjaya menyelamatkan diri dan keluarga kita daripada neraka dunia.

Apakah neraka dunia itu? Nereka dunia itu ialah hilangnya kasih sayang di tengah-tengah rumah yang besar.

Pudarnya cahaya wajah dan ketenangan hati di tengah sinar lampu yang beribu-ribu ringgit harganya di tengah ruang tamu rumah yang besar itu.

Dan hambarnya perbualan di dalam kereta mewah yang sering bertukar ganti.

Yang ketawa ria ialah pelakon-pelakon di dalam filem yang kita tonton, tetapi hati kita semakin kosong, gersang dan sayu entah apa puncanya!

Lihatlah Rasulullah SAW. Betapa sibuknya baginda... tetapi masih ada masa berlumba lari bersama Aisyah isterinya.

Betapa besar perjuangannya... tetapi masih mampu meluangkan masa bersama isteri yang hendak melihat tarian dan permainan pedang di suatu Hari Raya.

Ketika baginda kaya, dikorbankannya harta... kerana baginda tidak kehilangan cinta.

Ketika baginda miskin... dihadapinya dengan sabar kerana di dalam hatinya tetap ada cinta. Baginda tidak pernah kehilangan cinta kerana di dalam hatinya ada cinta yang lebih besar... cinta Allah!

Ayuh Intai-Intai Semula

Justeru, intai-intailah semula cinta di dalam rumah tangga kita. Masih bersinar atau sudah pudar? Jika sudah pudar, ayuh muhasabah kembali di mana puncanya? Apakah yang kita garap hingga kita sanggup menggadaikannya?

Ayuh, lihat kembali 'di mana Allah' dalam rumah tangga kita? Di mana solat jemaah, di mana zikir, di mana tazkirah, di mana sadakah, di mana bacaan Al Quran...

Di manakah semua 'ayat-ayat cinta' itu dalam rumah yang mungkin sudah semakin luas, kereta yang semakin mahal, makanan yang semakin lazat, tabungan kewangan yang semakin banyak?

Dan pandang wajah isteri, renung wajah suami... tatap lama-lama.

Bila kita terakhir kita bertentangan mata dalam keadaan yang paling tenang, harmoni dan syahdu? Sekali lagi bila?

Bukankah mata itu jendela bagi hati. Pertautan mata petanda pertautan hati?

Atau kita hanya melihat sekadar imbasan, tolehan dan pandangan, tanpa ada rasa cinta, kasih, mesra, kasihan, simpati, empati dan lain-lain perisa hati?

Apakah kita secara tidak sedar telah bertukar menjadi 'haiwan berteknologi' dalam belantara dunia meterialisma yang semakin ketandusan cinta?

Lalu, di kejauhan destinasi ketika sibuk menguruskan kerja atau perniagaan, sudi apalah kiranya suami atau isteri menghulurkan gugusan doa-doa yang paling kudus untuk pasangannya?

Atau ketika dia pulang nanti, kita sapa tangannya dan bersalam penuh mesra lantas berdakapan dengan hati yang terus berkata-kata, "inilah teman ku di dunia untuk menuju syurga!" Inilah yang semakin hilang dalam rumah tangga kini.

Kita memburu tanpa sedar bahawa kitalah yang sebenarnya diburu.

Diburu oleh kesibukan yang tiada penghujung, keresahan yang tiada penawar. Kekosongan yang tidak dapat di isi. Kerana hati tanpa cinta... adalah hati yang mati!

Carilah cinta kita yang hilang. Insya-Allah kita akan temuinya semula cinta itu di tempat, suasana dan masa ketika kita mula-mula menemuinya dahulu.

Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya?

Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah? Kembalilah ke sana.

Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap tipuan dunia tanpa cinta.

Renunglah mata isteri atau suami mu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau telah tiada?

Dan kemudian genggam erat tangannya. Mari kita cari semula cinta yang hilang itu bersama-sama!

Sayang... di kejauhan ini
Ku sentuh hatimu dengan rasaku
Debarnya debar cinta
Denyutnya denyut setia
Ku usap air matamu yang jernih
Dengannya ku sulamrasa kasih
Kutatap matamu yang duka
Di situ kutemui makna rela
Sayang.. dikejauhan ini
Ku sapa salam setiamu
Ku sambut senyum mesramu
Onak, duri dan jeriji besi ini
Tak kan menghalang bicara
... rasa kita berdua
Sayang, sayang, sayang,
Semakin terpisah...
cinta kita semakin indah
Semakin jauh...
kasih kita semakin kukuh
Kita boleh hilang segalanya
Namun kita tidak mampu kehilangan cinta!



catatan mujahidah
MUJAHADAH MENUJU TUHAN(^_^)

Akhawat jatuh Cinta



Akhwat jatuh cinta..
Tak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta adalah fitrah manusia?
Tak pantaskah akhwat jatuh cinta?Mereka juga punya hati dan rasa..

Tapi tahukah kalian betapa berbedanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya?
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada..

Namun sebaliknya..Ketika akhwat jatuh cinta..
Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap.
Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dlm alam fikirnya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi..
Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sebuah asa yang tak semestinya..

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu..
Yang ada adalah malam2 yang di penuhi air mata penyesalan atas cintaNya yang ternodai..
Yang ada adalah kegelisahan, karena rasa yang salah arah..
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit..


Ketika akhwat jatuh cinta..
Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut.
Tak ada kata-kata cinta, dan rayu.. Yang ada adalah kehawatiran yang amat sangat akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya..
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh..
Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya.. Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan..

Alangkah kasihannya jika akhwat jatuh cinta.. Karena yang ada adalah penderitaan..

Tapi ukhti.. Bersabarlah.. Jadikan ini ujian dari Rabbmu..
Matikan rasa itu secepatnya..
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia..
Pasang duri dalam hatimu agar rasa itu tak tumbuh bersemai..
Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang tersingkap..
Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah padaNya..
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu..

Ukhti.. Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya.. Karena bila memang kalian di takdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu..
Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu..

Ukhti.. Bersabarlah.. Biarkan Allah yang mengaturnya.. Maka yakinlah.. Semuanya akan baik-baik saja.



MUJAHADAH MENUJU TUHAN(^_^)

Saturday 4 June 2011

Lelaki Itu Ternyata Pasangan Yang Hebat

Allah akan mengurniakan perasaan mawaddah wa rahmah pada siapa yang membina masjid walaupon tidak mengenali antara satu sama lain pada awalnya..=)


Jika kamu memperlakukannya dengan baik,,lama-lama kamu akan jatuh cinta padanya.
Jika tidak, kamu tidak akan tahu.

Jika kamu berpakaian bagus, dia fikir kamu sedang mencuba untuk tampil lebih cantik sebagai pendampingnya.
Jika tidak, dia memberitahu kamu sudah cantik dan natural.

Jika kamu berdebat dengannya, dia mengatakan kamu pasangan yang sesuai untuk dikongsi.
Jika kamu tetap diam, dia memberitahu kamu memang selalu berfikir dulu sebelum bicara.

Jika kamu lebih pintar dari dia, dia akan mengatakan kamu wanita yang selama ini dia cari.
Jika dia yang lebih pintar, dia memberitahu kamu pasti punya sisi yang dia tidak punya.

Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan mencuba untuk mendapatkanmu.
Jika kamu mencintainya, dia akan bertaruh dengan nyawanya untuk mencintaimu.

Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia memberitahu kita cuba cari jalan keluarnya.
Jika tidak, dia memberitahu sudah sepenuh hati mempercayaimu.

Jika kamu cerewet pada dia, kamu di kata selalu perhatian padanya.
Tapi jika dia yang cerewet pada kamu, itu karena dia sangat menyayangimu.

Jika kamu langgar janji kamu, dia mengatakan kamu pasti tidak akan mengulanginya.
Jika dia yang ingkar janji, dia melakukannya karena terpaksa.

Jika kamu menyakitinya, kamu akan di ingatnya.


Allah mampu menciptakan HAWA saja atau ADAM saja.
Tapi DIA menciptakan keduanya,,,Berpasangan.
Untuk TIDAK saling MENYAKITI dan MELECEHKAN.

Tapi untuk saling MENYAYANGI dan MENCINTAI.


catatan mujahidah
MUJAHADAH MENUJU TUHAN(^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...