tabung kecemasan:)

Search This Blog

::mujahidah islam::

Jangan lupa ikot..=)

Monday 15 July 2013

really i am??

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya aku masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup dan dapat menghirup nafas yang tidak perlu dibayar ini.(sapa kata tak payah bayar???amalan dan ibadat yang kamu lakukan itulah bayaran atas apa yang kamu beroleh dariNya.) 5 Ramadhan 1434H genaplah umurku 22 tahun. Allah,macam tak percaya je rasanya sudah remaja dewasa (bahasa alien)...hahaha..sungguh sudah dewasa aku ini..dan beribu kesyukuran kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada hamba yang hina ini untuk meneruskan hidup dan beribadat kepadaNya. Terima kasih Allah.

Jutaan terima kasih buat ayahanda dan bonda yang tidak lelah mendidik diri ini dari kecil hinggalah sekarang. Terima kasih juga buat ayahanda dan bonda yang tidak jemu-jemu memberi nasihat pada diri ini.. Ampunkan segala salah dan silap anakandmu yang nakal ini. Buat ayahanda, walaupun tidak diucapka dengan kata-kata,namun perbuatanmu itu membuatkan aku tahu dikau mengingati hari lahirku (sebab ayoh beli cucur udang kot..hehe..). Buat bonda pula,terima kasih juga kerana menasihati diri ini.. walaupun tidak diucap dengan kata-kata namun apa yang keluar dari bibirmu sudah menunjukkan bahawa dikau mengingatinya. "umur dah boleh jadi mak orang dah tu.". ooohh.. bonda,dikau sangat memahamiku..

Beribu terima kasih kepada sahabat-sahabiah yang tidak lupa akan diri ini. Sungguh kalian amat aku sayangi kerana Allah atas nama UKHUWAH dan saudara seIslam. Syukran juga atas ucapan dan doa dari kalian, mudah-mudahan doa-doa dari kalian dimakbulkan Allah. Aamiin Ya Rabb.. (harap lepas ni tidak akan ada soaklan bila hang nak kawen..hoho..)  



Dan tidak lupa juga buat sahabat yang turut menyambut hari lahir yang sama dengan saya, Syafiqah a.k.a si kembar..walaupun kenal di ef be, dan masih belum pernah bersua muka, kami seolah-olah kawan yang telah lama kenal. Allah,indah bukan ukhuwah andai dijalin keranaNya.. :)

Memandangkan umur pon dah meningkat dengan maju dan jayanya, bak kata bonda, boleh lah slow2 mencari calon buat menantu.. Tidak terlalu awalkah bonda?? (dalam hati,memang nak kawen pon. tapi akdop caloh..ekekeke) . insyaAllah, jika jodohnya sudah sampai, anakandamu ini akan menikah jugak..hoho..(galoknye) . Sungguh,soalan inilah yang membuatkanku kadang-kadang rasa macam serabut..Bukankah itu kerja Allah..sesungguhnya aku telah berusaha dan aku serahkan semuanya kepada Allah.. =')

*ooohhh..you are 22 years old AIDA SHAFIYAH..!!!

# Bismillahitawakkaltu 'ala Allah.# =')


catatan mujahidah
MUJAHADAH MENUJU TUHAN(^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...