tabung kecemasan:)

Search This Blog

::mujahidah islam::

Jangan lupa ikot..=)

Monday 15 July 2013

::soal jodoh??serahkan padaNYA::

zauj wa zaujah soleh wa solehah

FB ni selalu je mention org tu enganged nga org ni, org tu married nga org ni. Naek jeles hati ni tgop semua tu depan mate ^^ Bila la diri ini akan bertukar status eh? Rahsia betul jodoh ni. Rahsia dalam rahsia ALLAH. Hati sedang dilanda excited untuk tau sape jodoh diri ni

Ramai org kate jodoh adalah rezeki. Betul ke fakta ni? Dah kalau dapat jodoh tak baik tu rezeki jugak ke? Haa.. Betul la, jodoh mmg rezeki. Kalau kita tgok ramai y cantik comey lotey tapi tak jugak nikah ag.. Y hot sgt pun ade je x nikah ag kan? jelas terbukti jodoh ni rezeki. Kita yang tak bertemu jodoh lagi ni, mungkin ALLAH tahan dulu rezeki tu, bila sampai waktunya ada la jodoh tu depan mata kita

Coretan hatiku buat bakal pendampingku : "Aku tidak meminta seseorang yang sempurna, namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna untuk melengkapkan ketidaksempurnaan diriku, seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya, seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya, seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya, seseorang yang memerlukan diriku sebagai tulang belakang hidupnya. Dan aku berharap, bila kami bersua nanti, kami dapat menyatakan "Betapa besarnya ALLAH itu kerana Dia telah mengurniakan aku seseorang yang telah membuatkan hidupku lebih sempurna."

Pesanan dari Rasulullah : "Bersederhana sahaja. Carilah yang paling baik agamanya." Meskipun kamu masih terasing dan asing, aku tetap menunggumu dengan tenang. Bila tiba masanya, semuanya akan disinari kebahagiaan. Tunggulah sesaat kerana kesabaran pasti berbuih keindahan.

Wahai tulang rusukku.. Tunggulah aku.. Bila sampai waktunya akan ku hiasi hidupmu dengan kegembiraan dan kebahagiaan

Tadahlah tanganmu, mohonlah dengan ALLAH agar dihadirkan jodoh tepat pada masanya dan sesuai dengan kehendak hati & naluri. Amin.

~moga Allah redha!~

catatan mujahidah
MUJAHADAH MENUJU TUHAN(^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...